"Tuan, saya bercadang mengemukakan usul bahawa Dewan ini meluluskan penubuhan sebuah Perkhidmatan Penyiaran Sarawak...". Demikian kata Datu Bandar Abang Haji Mustapha Bin Abang Haji Moasili apabila berucap dalam " SUPREME COUNCIL" pada 21 Mei, 1952. Usul ini diterima dengan perbezaan satu undi.

Siaran Radio
  • Siaran Radio Sarawak telah dimulakan sebagai satu perkhidmatan perintis bermula pada 7 Jun 1954.
  • Siaran adalah dalam empat bahasa utama, iaitu Melayu, Dayak (Iban), Cina dan Inggeris menerusi satu rangkaian selama 3 1/2 jam pada hari-hari biasa dan 6 3/4 jam pada hujung minggu.
Tujuan Penubuhan
  • Untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di samping memberi hiburan. Majoriti penduduk negeri Sarawak ketika itu masih buta huruf. Memandangkan mereka tidak berupaya membaca, maka adalah penting "to create" satu saluran bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan sekadar mendengar sahaja.
  • Untuk membantu kerajaan menyalur mesej yang bertujuan bagi mencapai kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan di samping berusaha untuk merapatkan dan menjalinkan hubungan dua hala di antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.
Rangkaian Radio
Radio Sarawak memperkenalkan rangkaian yang keduanya pada bulan April 1958 dengan siapnya beberapa lagi studio dan alat-alat pemancar Gelombang Sederhana dan Pendek. Dengan adanya pemancaran serentak, siaran rancangan harian telah bertambah menjadi 9 ½ jam.
 
Keberkesanan Siaran Radio
Dengan ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi merakam penghargaan kepada seluruh warga kerja dalam usaha tanpa henti untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ICT dan saya percaya RTM akan terus maju sebagai penyampai maklumat yang terkini dan penuh integriti serta hiburan yang menarik, kreatif dan berkualiti.
 
Siaran Ke Sekolah
Siaran ke sekolah bermula dalam tahun 1958 sebagai satu rancangan perintis dan ini memanjangkan masa siaran kepada 12 jam. Perkhidmatan ini menjadi perkhidmatan tetap pada bulan Januari 1959.
 
 
WAIfm
REDfm
WAIfm BIDAYUH & KAYAN
WAIfm IBAN
Video Streaming