Initiatif menerbit laman web adalah sesuatu usaha yang amat membanggakan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat semasa. Harapan RTM Sarawak dengan melancarkan laman web ini akan tercapai matlamat kita untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat berbilang kaum selain memberi hiburan yang positif ke arah peningkatan budaya yang lebih dibanggakan dengan lebih meluas lagi. Sudah pasti sebagai organisasi berfungsi, yang mampu berperanan sebagai agen sosialisasi pihak kerajaan. Amat diharapkan juga melalui laman web ini nanti akan ada interaksi RTM Sarawak dengan pelanggan yang boleh membawa kepada perkhidmatan RTM Sarawak yang lebih cemerlang.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi merakam penghargaan kepada seluruh warga kerja dalam usaha tanpa henti untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ICT dan saya percaya RTM akan terus maju sebagai penyampai maklumat yang terkini dan penuh integriti serta hiburan yang menarik, kreatif dan berkualiti.

 
WAIfm
REDfm
WAIfm BIDAYUH & KAYAN
WAIfm IBAN
Video Streaming